Tuesday, June 16, 2015

Hmm..Just nk luahkn pendapat...

Tdi ade majlis kt sekolah...(x der gmbar lh...tunggu ckg masukkn dlm blog sekolah) majlis ni pasal nk sambut ramadhan yg akan dtg ni lh...ade penceramah yg dtg...nama beliau Dr.Noorazman Shamsuddin...ceramah beiau telah membuka mata dan fikiran anak muda...yg paling tersentak hati ni bila beliau berkongsi pengalaman ketika berada di atas kapal Mavi Marmara kapal Turki yg dlam perjalann ke Gaza pada thun 2010...di bwah ini pengalaman beliau yg sya jumpe di blog2 lain...yg ada di bwah ini hanya ceria biasa yg kita dengar..tapi setelah mendengar sendri dari mulut beliau...kita akan terpaku dan berfikir semula...silakan membaca.... :)
 Noorazman Shamsuddin mendakap anak bongsunya, Nur Nuha Sakinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sekembali dari Jordan selepas melalui pengalaman hampir syahid dalam kapal Mavi Marmara, baru-baru ini.
PEMERGIAN suami, Noorazman Shamsuddin yang mengetuai misi Life Line for Gaza (LL4G) direlakan oleh Mazlinah Ghazali.
Malah Pensyarah Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bangga kerana suaminya, terpilih menjadi Salahuddin Al Ayyubi 'kecil' untuk membebaskan Palestin, bumi suci umat Islam daripada cengkaman jahat Israel.
Namun, sebagaimana isteri yang lain, Mazlinah turut terharu apabila suaminya juga berdoa dan berharap supaya syahid kerana mati menentang musuh-musuh Allah.
"Sebagaimana Ali Heyder yang akhirnya mati syahid itu, suami saya juga berkata harapan yang sama. Jika ditakdirkan Allah ajalnya sampai dalam menjayakan misi ini, beliau reda. Malah mengharapkan agar matinya kelak adalah mati syahid.
"Walaupun kesemua peserta misi tidaklah sehebat pahlawan Islam Salahuddin Al Ayyubi yang berjaya membebaskan Kota Palestin suatu masa dahulu, tetapi Noorazman juga seperti Salahuddin. Beliau mempunyai keazaman yang sangat kuat dan kental untuk memecahkan sekatan yang dikenakan oleh Israel terhadap Gaza.
"Kalau dek kerana ini, beliau akhirnya mati, Noorazman sanggup! Jika itu telah menjadi harapannya, sebagai isteri saya tidak menghalang malah mendoakan yang terbaik buat Noorazman dan saya tidak berkisah untuk bergelar apa pun jika ditakdirkan begitu," katanya.
Ini kerana Mazlinah teringat kisah seorang balu seorang pejuang Palestin yang dikenali sebagai Izzuddin dalam kejadian hampir lapan tahun lalu.
"Pada suatu pagi Ummu Muhammad dikatakan dapat melihat perkataan syahid tertulis pada dahi suaminya yang sedang bersiap-siap keluar rumah bagi meneruskan tentangan terhadap rejim zionis.
"Beliau mula merasa cuak tetapi tidak berkata-kata malah yakin suaminya tetap akan selamat, tetapi sejurus suami keluar menuju ke kereta di luar pangsapuri kediaman mereka, Immu Muhammad tiba-tiba dikunjungi jiran-jiran yang mengetuk pintu rumahnya bertalu-talu.
"Apa yang kamu dah buat sehingga seluruh pangsapuri ini begitu harum semerbak, sangat wangi baunya yang tidak pernah kami bau sebegini wangi sebelum ini, sebaik sahaja kami melihat suami kamu keluar dari pintu rumah kamu ini," tanya si jiran.
Ummu Muhammad tidak mempunyai jawapan terhadap soalan jirannya itu kecuali hatinya semakin berdebar-debar malah yakin sesuatu akan berlaku terhadap suaminya.
Benarlah selang tidak beberapa minit selepas itu, suaminya mati syahid bersama-sama dengan kereta yang meletup semasa enjinnya dihidupkan.
Sebagaimana berkecainya kereta itu begitu jugalah keadaan suaminya tetapi Ummu Muhammad sangat tabah malah terus mengambil wuduk dan solat jenazah terhadap pemergian tragis suaminya itu.
"Bau wangi itu semakin semerbak dan tahulah kini oleh Ummu Muhammad bahawa suaminya telah dipanggil oleh Allah dan sekali gus terus menghuni syurga.
"Kisah-kisah benar seperti inilah yang menjadi motivasi kuat kepada para isteri apabila suaminya keluar berjihad di jalan Allah. Bahawa janji Allah adalah benar bahawa syurga adalah ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang berjuang di fisabilillah," kata Mazlinah.
Walaupun suaminya kini selamat pulang ke tanah air selepas menempuh kejadian yang sangat mengejutkan dunia itu, sebagai isteri Mazlinah terus menjadi penyokong kuat kepada suaminya.
Manakan tidak, katanya, Noorazman mula berasa sakit-sakit pada badannya akibat teruk didera oleh komando laut Israel itu.
Bayangkan selama berjam-jam sementara kapal Mavi Marmara ditunda ke Pelabuhan Ashdod di Wilayah Israel, tangannya diikat ke belakang dengan keadaan duduk seperti bersujud tetapi hanya beberapa jarak sahaja dahi dari lantai.
"Baru sekarang Noorazman terasa sakit tetapi semua ini tidak menyebabkan beliau trauma. Namun semangatnya tetap pada tahap yang tinggi dan tetap berazam untuk ke sana lagi.
"Malah kini beliau mendapat lebih banyak sokongan untuk terus memecahkan sekatan yang langsung tidak berperi kemanusiaan terhadap penduduk Gaza itu," tambahnya.
Menurut Mazlinah walaupun suaminya tidak dapat menyaksikannya sendiri, namun seperti yang diceritakan oleh seorang anggota misi yang sama Dr. Arbaie Syawal dari Haluan Palestin menguatkan lagi semangat dan keazaman Noorazman.
"Kepakaran Dr. Arbaie diperlukan di saat-saat ramai sukarelawan dari Turki ditembak oleh komando Israel itu. Walaupun tidak dapat menyelamatkan nyawa mereka kerana kebanyakannya mati sejurus ditembak namun ketika menguruskan jenazah-jenazah mereka, suasana begitu diselubungi bau harum yang sangat semerbak.
"Semakin banyak darah yang membuak dan mengalir dari luka para syuhada itu semakin kuat bau yang keluar.
"Tetapi sejurus menghembuskan nafas terakhir ada wajah mangsa tersebut bertukar menjadi senyum seolah-olah mereka nampak sesuatu yang sangat menggembirakan mereka sebelum meninggal," katanya.
Sebagaimana suaminya yang tetap berkobar-kobar semangatnya itu begitu jugalah Mazlina tidak akan pernah menghalang suaminya jika mahu ke wilayah yang menjanjikan pintu-pintu syurga yang terbuka luas itu.

apa perasaan anda setelah membaca kisah di atas? hmm.... serius lh ckp...klau nk thu perkara sebenar2nya... g lh dgr ceramah beliau...x kan menyesal...klau ade peluang untk dgr lgi...sya akan pergi lgi... sya ade impian dan cita2...tpi sya lebh tertarik dgn aktiviti mcm ni...kita hidup bukan untk diri & keluarga jer..tpi untuk org lain jugk...apa guna kita hidup senang kt sni tpi saudara seagama kita susah di sana? apa beza kita dgn mereka yg kejam tu?? kita kena fikir balik....dri awal...sebb tu sejarah itu penting untk dipelajari walaupun sejarah yg kita beljar di sekolah skrg ni adlah penipu belka!!! sejarah kita direka!! x per sape yg akn perasan klau x dibongkar semua tu...ini lh slah satu alasan kenapa sya nk jadi pensyarah sejarah...sya nk anak bangsa sya thu sejarah sebenar tanah air kita yg tercinta ini...okey....smpai kt sini jer dlu... :) semangt membara sikit ni.. :P

No comments:

Post a Comment