Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.
Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.
JENIS-JENIS GAMELAN
1)Gamelan Jawa
2)Gamelan Bali
3)Gamelan Sunda
4)Gamelan Banyuwangi
5)Gamelan Kromong
Antara Alatan untuk Persembahan Gamelan
Persembahan Gamelan oleh wanita... (sekarang lh ni..dlu hanya lelaki yg bermain muzik ini)
Penari Gamelan...
Tujuan sebenarnya sebb sya suka dgn alat ni jer.... :) sebuah muzik yg indah...bunyi yg terhasil mampu membawa kita ke alam lain...ramai remaja skrang yg dh x tau pasal semua benda2 ni...bgi sya...ini adalah warisan bangsa kita..bangsa melayu yg dihormati...penuh dgn tingkalan warisan yg patut diwarisi oleh anak muda agar tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas....sebagai anak remaja yg lahir pda zaman serba moden teknologi ini kita x seharusnya lupa akan asal usul nenek moyang kita... :)
No comments:
Post a Comment